15hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, menurut seorang peniaga.
15hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari, mencerminkan prestasi serantau yang positif.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Isnin berikutan ketegangan di Asia Barat yang mereda telah meningkatkan sentimen pasaran selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara serangan udara pada hujung minggu lepas.
18hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan memandangkan aktiviti pengambilan untung dipercayai akan berlaku selepas lonjakan harga baru-baru ini, walaupun harga minyak mentah kekal tinggi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Lagenda Properties Bhd (Lagenda), Lagenda Capital Bhd hari ini membuat penyerahan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) bernilai RM1.5 bilion.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Syarikat maritim, MISC Bhd diunjur akan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) pendapatan tiga tahun sebanyak 12 peratus, didorong oleh penambahan 19 aset dan sumbangan lebih kukuh daripada milik penuh kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), menurut AmInvestment Bank Research (AmInvestment Bank).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.
18hari ago
PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.
19hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.