7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara pihak berkepentingan dalam sektor penjagaan kesihatan, termasuk penyedia insurans dan takaful, bagi meningkatkan kemampuan mendapatkan rawatan serta membendung peningkatan kos perubatan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kos menaik taraf talian penghantaran elektrik bagi memenuhi keperluan pusat data akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kos yang ditanggung pelabur, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
7hari ago
KUALA LUMPUR 15 Okt (Bernama) -- Hampir 88 peratus projek pembuatan yang diluluskan di Selangor antara 2021 hingga Jun 2026 telah mula dilaksanakan daripada peringkat pembinaan hinggalah kepada pengeluaran, setakat 13 Oktober 2026, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
7hari ago
PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- BYD Sime Darby Motors menyediakan sembilan kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong penganjuran Transport Expo Asia (TXA) 2026 sekali gus membolehkan para perwakilan antarabangsa merasai sendiri teknologi mobiliti elektrik syarikat berkenaan.
7hari ago
GEORGE TOWN, 15 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang akan menganjurkan PENtastic Startup Month 2026 pada November bertujuan menghimpunkan pelbagai aktiviti berkaitan syarikat pemula, keusahawanan, teknologi dan inovasi di bawah satu platform yang sama.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkukuh sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk menembusi pasaran global melalui platform e-dagang, bimbingan berkaitan kawal selia di luar negara dan promosi produk.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang memperincikan pendekatan baharu untuk memastikan tarif elektrik lebih adil dan sesuai dengan keadaan semasa pada tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8hari ago
By Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan berhasrat melaksanakan pendekatan menyeluruh melibatkan semua kementerian dan agensi bagi membantu sektor semikonduktor memacu lebih banyak teknologi tempatan serta memperkukuh kerjasama dengan negara lain.
8hari ago
JELI, 15 Okt (Bernama) -- Pengkomersialan produk BioKenaf® hasil penyelidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menjana nilai jualan melebihi RM50 juta dan mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini turut memaparkan usaha kerajaan untuk memperkasakan wanita yang merupakan satu permulaan yang baik, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga bahan api dunia susulan krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan keselamatan di Selat Hormuz telah mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan arang batu pada suku kedua dan ketiga 2026 meningkat jauh melangkaui paras harga asas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sokongan dalam bentuk pelaburan besar diperlukan bagi penjanaan tenaga elektrik serta pemodenan grid untuk memacu peralihan campuran tenaga Malaysia selain memastikan bekalan elektrik kekal mampu milik, dipercayai serta terjamin, menurut Tenaga Nasional Bhd.