BERITA TERKINI   Isu baja: SPRM rakam keterangan 13 saksi, bakal panggil KSU atau menteri untuk lengkapkan siasatan - KP SPRM | KKM akan berbincang dengan ATM bagi meneroka penggunaan asetnya untuk pemindahan pesakit kecemasan - Dzulkefly | Nahas helikopter : KKM nilai semula lokasi dan kaedah akses FDS, termasuk alternatif pengangkutan yang lebih selamat.- Dzulkefly | Nahas helikopter FDS: KKM akan menilai semula keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak - Dzulkefly | Perkhidmatan Medevac bagi kes kecemasan operasi FDS diteruskan melalui kerjasama KKM dan JBPM - Dzulkefly | 

Terdapat 1093 berita berdasarkan kata kunci carian " re"

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Mata Wang Utama Dan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding mata wang utama dan serantau hari ini, disokong oleh penurunan harga minyak mentah yang membantu meningkatkan sentimen risiko dalam persekitaran rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berterusan.

Bursa Malaysia Atasi Penyusutan Awal Untuk Ditutup Rendah, Dipengaruhi Sentimen Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan Isnin dengan indeks petunjuk utama mengatasi penurunan awal selepas melantun daripada paras terendah intra harian di tengah-tengah aktiviti jualan ketara pada sesi pagi.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

IPO SRKK AI Terlebih Langgan 312.3 Kali, Tertinggi Di Bursa Malaysia Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.

EPIC Sasar Hasil RM700 Juta, NAV RM1 Bilion Menjelang 2030

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) menyasarkan hasil tahunan sebanyak RM700 juta dan nilai aset bersih (NAV) RM1 bilion menjelang 2030 di bawah Pelan Perniagaan Strategik EPIC 2025-2030 (EPIC BEST 2530).

Kerajaan Pastikan Penurunan Harga Minyak Dunia Diterjemah Kepada Harga Barangan Lebih Rendah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.

MTEN Laksana 120 Keputusan Tangani Impak Krisis Bekalan Global – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak 120 keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani impak krisis bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia, EU Teruskan Rundingan MEUFTA, Sasar Dimuktamadkan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.

Wilayah Utara Rekod Pelaburan Diluluskan Berjumlah RM9.4 Bln Bagi Tempoh Januari-Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Wilayah Utara merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 melibatkan 295 projek merentasi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, yang berpotensi mewujudkan 10,966 peluang pekerjaan baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin.

SAMENTA Umum Majlis Kebangsaan Baharu, Tetapkan Agenda Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah mengumumkan majlis kebangsaannya untuk penggal 2026-2029, menggariskan keutamaan yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembaharuan dasar untuk memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan penurunan kadar asas pasaran tunai.