Terdapat 303 berita berdasarkan kata kunci carian "tiv"

Kaspersky Saran Perniagaan Bentuk Saluran Pengesahan Susulan Gangguan IT

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber Kaspersky berkata organisasi perlu mewujudkan saluran komunikasi yang disahkan dan mengukuhkan langkah keselamatan siber untuk melindungi kakitangan serta pelanggan daripada potensi penipuan semasa gangguan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang besar.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin mengakhiri penurunan lima hari berturut-turutnya, disokong oleh aktiviti membeli saham mewah terpilih, kata seorang penganalisis.

Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Koridor Ekonomi Baharu, Perkukuh NCER, BEZ – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mewujudkan koridor ekonomi baharu di Wang Kelian, sebaliknya akan memperkukuh kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) yang kini dalam proses pemuktamadan, menurut Kementerian Ekonomi.

Dua RUU Di Bawah Kementerian Kewangan Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama 

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2026 dan RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2026 di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Tanaman Sawi Jepun Hasil Usaha Graduan UMT Kini Berjaya Tembusi Pasaran Singapura

KLUANG, 16 Nov (Bernama) -- Kegagalan dalam temuduga kerja sebanyak tiga kali tidak mematahkan semangat graduan sains tanaman, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk terus memilih bidang pertanian sebagai punca pendapatannya. 

Malaysia Mahu APEC Kekal Platform Perdagangan Terbuka, Berasaskan Peraturan - Duta Besar

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.

MPM Berusaha Percepat Monetisasi Sumber Minyak Dan Gas Menerusi Transformasi Industri

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) mempergiat usaha untuk mempercepat monetisasi sumber minyak dan gas (O&G) negara dengan menambah baik persekitaran pelaburan serta memacu transformasi industri.

HLIB Unjur Pertumbuhan KDNK Pada 5.5 Peratus, 2026 Pada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 mencapai 5.5 peratus, disokong oleh pengembangan berterusan sektor perkhidmatan dan pembinaan, aktiviti pembuatan yang lebih kukuh serta pemulihan sektor pertanian.

Sektor Pembinaan Terajui Aliran Masuk Asing Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan, pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi dan media mencatatkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

MD2030: Ke Arah Negara AI: Penggunaan AI Dalam Pengesanan Awal Saringan Pemeriksaan Mata Mampu Bawa Penjimatan Hingga RM20 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pemeriksaan mata bagi penghidap diabetes berupaya membantu Malaysia menjimatkan antara RM10 juta hingga RM20 juta, melalui pengesanan awal penyakit tersebut serta pencegahan kebutaan yang selaras dengan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030).

Prospek Pertumbuhan Rantau APEC Diunjur Cecah 3.4 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diunjur mencecah 3.4 peratus pada 2026, meningkat daripada unjuran awal pada 3.2 peratus, disokong oleh pelaburan teknologi yang kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.