BERITA TERKINI   Kelantan berpotensi menjadi peneraju ekonomi biru di Pantai Timur - Sultan Kelantan | Sultan Kelantan titah kerajaan negeri dan Persekutuan manfaatkan pengoperasian ECRL, pertingkat kecekapan logistik, tarik pelaburan baharu | Seramai 4,008 etnik Rohingya akan diletakkan di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian bagi pengesahan identiti, latar belakang keselamatan - KDN | Penghantaran pulang tahanan warga Myanmar fasa pertama dilaksanakan secara sukarela, selamat dan ikut prosedur - KDN | Sehingga 15 Ogos lepas, 10,388 warga Myanmar berada di Depot Tahanan Imigresen seluruh negara - KDN | 

Terdapat 1087 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Ringgit Dijangka Diniaga pada RM4.08-RM4.10 Berbanding Dolar AS Minggu Depan Menjelang Keputusan Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Tarif AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ekoran peningkatan ketidaktentuan harga minyak mentah susulan gangguan trafik kapal di Asia Barat serta langkah terbaru AS untuk mengenakan tarif ke atas 60 negara, termasuk Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Pantau Tarif Terbaharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.

MITI Teruskan Libat Urus Dengan AS Susulan Tarif 10 Peratus Ke Atas Malaysia Berkaitan Buruh Paksa Mula Berkuat Kuasa

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 10 peratus yang dikenakan ke atas eksport Malaysia susulan isu berkaitan buruh paksa, yang mula berkuat kuasa hari ini.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

SAMENTA Gesa PKS Pelbagai Pasaran Eksport Susulan Tarif Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mempelbagaikan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu, susulan pelaksanaan tarif import baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus.

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

TNB Perkukuh Kerjasama Serantau Bangunkan Ekosistem Perolehan Lebih Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara syarikat utiliti terkemuka di ASEAN, kini dalam usaha membangunkan ekosistem perolehan yang lebih berdaya tahan menerusi pengukuhan jalinan kerjasama serantau, kata Ketua Pegawai Perolehannya Ir. Ts. Amir Mahmod Abdullah.

Indeks Pelopor Meningkat 0.8 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia kekal positif pada Mei 2026 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada 114.4 mata berbanding 113.5 mata dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Berdepan Tarif 10 Peratus Di Bawah Seksyen 301 Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.