2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Sebarang serangan ke atas kapal tangki atau prasarana tenaga di Asia Barat berpotensi mengekalkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong, menurut OCBC Group Research.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mempelbagaikan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu, susulan pelaksanaan tarif import baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memulakan liputan terhadap Gas Malaysia Bhd (GMB) dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) sebanyak RM6.50.
2bulan ago
PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong hari ini berikutan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang kian memuncak, meningkatkan semula kebimbangan mengenai bekalan tenaga global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia kekal positif pada Mei 2026 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada 114.4 mata berbanding 113.5 mata dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melantik ahli ekonomi Pakistan-Switzerland, Saadia Zahidi sebagai ketua pengarah kesembilannya, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama yang menjawat jawatan berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat mendorong jangkaan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), sekali gus menyokong mata wang negara itu.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia mengkaji penubuhan Simpanan Petroleum Negara (NPR) adalah tepat pada masanya berikutan ketegangan geopolitik yang berulang di laluan perkapalan utama dunia, sekali gus menyerlahkan keperluan memperkukuh ketahanan tenaga negara untuk jangka panjang, menurut penganalisis.