Terdapat 456 berita berdasarkan kata kunci carian "pac"

Bursa Malaysia Mengukuh Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.

Malaysia Diunjur Tumbuh 4.7 Peratus Pada 2026, Prospek Asia Tenggara Cerah -- WEF

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada 4.7 peratus pada 2026, dipacu oleh eksport serta pelaburan berkaitan teknologi selain permintaan domestik yang memberangsangkan, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat 16.56 Mata Menjelang Pertemuan Trump-Xi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini.

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong minat belian terhadap beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului saham perbankan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa disokong aktiviti pembelian ketika harga rendah susulan ketegangan di Asia Barat yang semakin reda, sekali gus meningkatkan sentimen dan menurunkan harga minyak mentah Brent.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah terpilih selepas kebimbangan berkaitan krisis Asia Barat mereda di tengah-tengah penurunan harga minyak.

TIV Ogos Industri Automotif Susut Tiga Peratus, Unjuran Kekal Positif - CGS International

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan penurunan tiga peratus dari bulan ke bulan dalam jumlah volum industri (TIV) kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 tetapi momentum jualan dijangka kekal positif untuk separuh kedua tahun ini.

Pusat Data Pacu Pertumbuhan TNB Meskipun Berdepan Impak Surcaj Bahan Api - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pelaburan pusat data dijangka menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dengan permintaan elektrik daripada sektor itu diunjurkan melebihi 8,000 megawatt (MW) menjelang 2035, bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik Malaysia.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kembali Pulih, Naik 0.31 Peratus Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali mengukuh dan mengakhiri sesi dagangan pagi 0.31 peratus lebih tinggi, selepas mengurangkan kerugian awal berikutan aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, khususnya saham perbankan.

Eksport Malaysia Naik 31.2 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM1.36 Trilion Bagi Januari-Ogos 2026 -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.

Bursa Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal, FBM KLCI Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin berikutan pelabur mengambil kira prestasi pasaran serantau yang kukuh berbanding kebimbangan berterusan terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi.

Projek New TDM Pacu Transformasi Industri Peralatan Negara

SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Industri Alat, Dai dan Acuan (Tool, Die and Mould) (TDM) Malaysia bersedia melangkah ke fasa transformasi digital dan berdaya saing di peringkat global menerusi pelancaran Projek NEW TDM (NEW TDM Project) bulan depan.