BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 | 

Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian "anugerah"

Kerajaan Pastikan Penurunan Harga Minyak Dunia Diterjemah Kepada Harga Barangan Lebih Rendah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Econpile Dapat Kontrak Projek Pangsapuri Servis KL Bernilai RM48.8 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Econpile Holdings Bhd telah memperoleh subkontrak RM48.8 juta daripada Vestland Infra Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan asas membabitkan sebuah projek pangsapuri servis di ibu negara.

Lim Hock San Daripada LBS Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Bhd Tan Sri Dr Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2026 - Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti pada majlis ASEAN Outstanding Business Award 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Sunway Peroleh Tapak Kediaman S$750.57 Juta Di Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.

Kerjaya Prospek Dapat Kontrak Pembinaan RM488.40 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) telah mendapat kontrak pembinaan RM488.40 juta di Pulau Pinang daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB), sebuah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).

Alliance Bank Lancar BizSmart Challenge Accelerator 2026, Tawar Hadiah Bernilai RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd melancarkan “BizSmart® Challenge Accelerator” Edisi 2026, menawarkan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM2 juta untuk mempercepat pertumbuan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga yang berpotensi tinggi di negara ini.

 

 

Pengasas Machino Banggakan Malaysia, Diiktiraf Oleh Forbes 30 Under 30 Asia Class of 2026

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Bermula sebagai perniagaan kecil ketika pandemik COVID-19, jenama kasut tempatan Machino kini melakar pencapaian membanggakan apabila pengasasnya, dua beradik, Esther Tai Shen Hui dan Amy Tai Shuh Yuk, diiktiraf dalam Forbes 30 Under 30 Asia Class of 2026.

MAHB Lantik Dr Azmil Khalid Sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Azmil Khalid sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutifnya yang berkuat kuasa pada 18 Jun, 2026.