BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Kerjaya Prospek Dapat Kontrak Pembinaan RM488.40 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) telah mendapat kontrak pembinaan RM488.40 juta di Pulau Pinang daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB), sebuah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).

KPGB melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPM) telah menerima surat anugerah (LOA) bagi kontrak kerja itu, yang melibatkan pelaksanaan dan penyiapan cadangan pembangunan yang terdiri daripada dua fasa kerja bangunan di Pulau Andaman, Pulau Pinang.

"Kontrak akan bermula pada 1 Julai 2026 dan akan disiapkan dalam tempoh 42 bulan dari tarikh permulaan," katanya.

Ad Banner

Penerimaan kontrak tersebut dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kumpulan itu juga berkata kontrak berkenaan akan terus meningkatkan dan mengukuhkan tempahan dalam tangan sedia ada kumpulan.

"Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan syarikat tetapi ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 2026 hingga 2029," katanya lagi.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA