BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

MAHB Lantik Dr Azmil Khalid Sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Azmil Khalid sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutifnya yang berkuat kuasa pada 18 Jun, 2026.

Pengendali lapangan terbang itu memaklumkan Azmil akan menggantikan Dr Nungsari Ahmad Radhi yang melepaskan jawatan itu selepas berkhidmat selama dua tahun sebagai pengerusi MAHB, susulan pelantikannya sebagai pengarah bagi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd, baru-baru ini.

“Azmil membawa pengalaman kerjaya cemerlang selama tiga dekad ke Malaysia Airports. Pengalaman beliau merangkumi aspek kepimpinan korporat, pembangunan infrastruktur dan perniagaan antarabangsa,” menurut MAHB dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner

Selain itu, Azmil pernah menggalas beberapa jawatan eksekutif kanan yang penting seperti presiden dan ketua pegawai eksekutif The AlloyMtd Group dan ANIH Bhd pada 2011 hingga 2017. 

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada University of Hertfordshire and Northrop University, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan California State University dan dianugerahkan Doktor Sains Kehormat University of Hertfordshire.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner