7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri serta meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) Malaysia, menurut syarikat Amazon.com, Amazon Web Services (AWS).
8hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Firma audit BDO Malaysia meminta kerajaan menerusi Belanjawan 2027 untuk bertindak mempermudah peraturan cukai dan mengurangkan kos pematuhan bagi meminimumkan kos menjalankan perniagaan di negara ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Cadangan melanjutkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, akan membuka peluang baharu kepada Malaysia untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau, terutama susulan pembukaan Terusan Pinglu di China, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang giat meningkatkan peranan dalam membangunkan ekonomi domestik, didorong oleh tambahan RM120 bilion di bawah inisiatif GEAR-uP bagi tempoh 2024-2028.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjadi agensi peneraju tunggal bagi meluluskan lesen bunkering dan permit berkaitan mulai 1 Feb, 2027, kata menterinya Anthony Loke Siew Fook.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) mencadangkan insentif cukai diperuntukkan menerusi Belanjawan 2027 bagi menggalakkan lebih banyak kapal Malaysia dibina dan dibaik pulih dalam negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.
8hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan inisiatif di bawah Belanjawan 2027 yang dapat mempercepat keupayaan rakyat melakukan penyesuaian dalam memanfaatkan dinamik kecerdasan buatan (AI) berbanding sekadar menerimaguna teknologi itu, kata perunding.
8hari ago
ROMPIN, 28 Sept (Bernama) -- Usahawan yang beroperasi di Pulau Tioman berharap Belanjawan 2027 dapat memperkukuh ekonomi dan industri pelancongan di pulau berkenaan menerusi penambahbaikan akses pengangkutan dan infrastruktur asas bagi menyokong pertumbuhan industri setempat.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Persatuan Pembangunan Industri Jualan Langsung Malaysia (MDSIDA) menyarankan agar pemain industri untuk menerima transformasi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pertumbuhan sambil mengekalkan piawaian etika dan pematuhan.
9hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif YTL Corp Group Tan Sri Francis Yeoh menyifatkan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai seorang insan yang sentiasa lemah lembut dan baik hati.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan anak syarikat perbankan Islamnya, OCBC Al-Amin Bank Bhd, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menarik pelaburan mampan bernilai tinggi dari ASEAN, China, Korea Selatan dan Taiwan, di samping menyokong pembangunan ekosistem perniagaan tempatan.