28hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Masa depan sektor kewangan tidak akan ditentukan oleh kepantasan atau kecanggihan teknologi, sebaliknya sejauh mana teknologi itu mampu memperkukuh kepercayaan, memperluas peluang serta memberi manfaat kepada masyarakat.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026 berikutan inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkemas dasar dan insentif bagi mempercepat pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) termasuk meluaskan kemudahan pengecasan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi di Wall Street yang perlahan dalam tempoh semalaman dan dagangan bercampur-campur di seluruh pasaran serantau.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Rabu) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama namun menyusut berbanding dolar AS pada Rabu berikutan permintaan terhadap unit negara maju itu meningkat dalam keadaan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan terus memastikan stok petroleum negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026, menurut Kementerian Ekonomi.
29hari ago
HULU SELANGOR, 7 Julai (Bernama) -- MCE Holdings Bhd (MCE) hari ini secara rasmi melancarkan MCE Auto Hub, kemudahan pembuatan termaju bernilai RM50 juta di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW, Serendah, yang akan memperkukuh keupayaan reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan kumpulan itu.
29hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa menjelang pengumuman data bulanan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada akhir minggu ini.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian dalam emas COMEX, ketika pelabur menunggu pengumuman minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada hari Rabu.
29hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki peningkatan dalam mata wang serantau berikutaan kelemahan dolar AS dan harga minyak mentah yang lebih kukuh telah meningkatkan sentimen, kata seorang penganalisis.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ge-Shen Plastic (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ge-Shen Corp Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Plastico Sdn Bhd bagi penjualan lima bidang tanah berstatus pegangan bebas di Tebrau, Johor, pada harga RM35.50 juta.