28hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong kelemahan dolar AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur berdasarkan tan kargo bagi setiap kilometer kargo, meningkat sebanyak 8.5 peratus pada Jun 2026, berbanding angka pada Jun 2025, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
29hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Aliran masuk yang konsisten ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) termasuk pulangan pelaburan terkumpul dijangka meningkatkan aset bersih dana itu kepada dua kali ganda dalam tempoh kira-kira 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
29hari ago
PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Program Insentif Pembiayaan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil 2.0 (TSPKS 2.0) yang dilaksanakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memberi manfaat kepada 4,364 pekebun kecil persendirian.
29hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Rabu disokong pembelian terpilih bagi saham bersifat defensif selepas sesi dagangan yang tidak menentu.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan MediAsas, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas Malaysia, kekal mampu milik dan mampan dalam jangka panjang dalam persekitaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur menangguhkan aktiviti dagangan sementara menjelang keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.
29hari ago
PETALING JAYA, 29 Julai (Bernama) -- ASEAN memerlukan modal yang besar, berterusan dan berstruktur untuk membina ladang solar, menaik taraf grid, memasang storan bateri, dan meningkatkan kemahiran pekerja kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban ini secara sendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima pakai dan melaksanakan 75 peratus syor daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menambah baik tadbir urus dan kesejahteraannya, dengan cadangan selebihnya sedang berjalan.