6hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata penganalisis.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk menjual aset perniagaan jalur lebarnya pada harga RM83 juta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd, memeterai perjanjian Kerja Transmisi dan Sambungan (TIWA) bernilai RM34.39 juta dengan MMC Engineering Sdn Bhd (MMCE).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa hari ini.
6hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat susulan sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap harga saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan penurunan hasil bon.
7hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan kelemahan semalaman Wall Street.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan rendah, menjejaki prestasi semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.
7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut nilai diasak kejatuhan harga saham susulan kebimbangan mengenai pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.