2hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan berturut-turut hari ini, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.
2hari ago
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.
2hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan untuk hari kedua berturut-turut apabila ditutup rendah pada Selasa, berikutan jangkaan pengeluaran yang tinggi pada Oktober meskipun permintaan eksport menunjukkan peningkatan.
3hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.
3hari ago
JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan minat pelabur global untuk mengambil risiko dalam keadaan penurunan harga minyak.
3hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa berikutan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan terus menyokong unit tempatan itu dalam keadaan risiko geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat, kata penganalisis.