1bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan operasi pelabuhan, mengurangkan tempoh peralatan yang beroperasi terbiar dan tenaga, serta mempercepat transformasinya menjadi hab maritim pintar dan rendah karbon.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan barang kemas Malaysia meningkat 10 peratus kepada RM12.13 bilion pada separuh pertama 2026, meneruskan momentum kukuh industri itu yang dicapai pada tahun lepas.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang bercadang beralih daripada aktiviti pemasangan dan pengujian kepada aktiviti huluan bernilai tinggi seperti reka bentuk cip, seni bina sistem, pembangunan prototaip dalam usaha menjadi hab reka bentuk semikonduktor utama di ASEAN menjelang 2040.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan lebih RM350 bilion dalam eksport elektrik dan elektronik (E&E) pada separuh pertama 2026 (S1 2026), iaitu peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Intuitive Surgical Inc, syarikat perintis pembedahan bantuan robotik Amerika Syarikat (AS) dan disenaraikan di Nasdaq, menjangkakan pelaburannya di Pulau Pinang mencecah hampir US$500 juta (US$1=RM4.08) sepanjang tempoh lima tahun pertama operasinya di negeri itu.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Digital Penang menyasarkan sebanyak 2,000 pengguna memanfaatkan Platform Padanan Digital Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kendaliannya dalam tempoh enam bulan pertama sejak pelancarannya hari ini.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Jerejak berpotensi dibangunkan sebagai pusat kewangan yang menghimpunkan pemodal teroka, institusi perbankan, dana ekuiti persendirian dan pelabur teknologi bagi melengkapkan ekosistem semikonduktor dan teknologi tinggi di Bayan Lepas.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 25 syarikat telah menyatakan minat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang (Dana CM), dengan lima daripadanya sedang menjalani proses penilaian.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Penang International Logistics Aeropark (PILA) bakal meningkatkan kemudahan dan kapasiti kargo udara dengan ketara di wilayah utara Malaysia, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan penerbangan terus Haikou-Penang akan dilancarkan pada 11 Okt ini, menjadikan Haikou sebagai bandar raya kesembilan di China yang mempunyai hubungan udara terus berjadual dengan Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkasakan sektor elektrik dan elektronik (E&E) dalam usaha memastikan Malaysia kekal sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan teknologi global serta peranannya kepada ekonomi negara.