2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia berada di landasan tepat untuk mengatasi rekod penganugerahan kontrak domestik bernilai RM56 bilion, disokong oleh projek berkaitan pusat data (DC) yang kukuh serta peluang yang semakin meluas dalam bidang infrastruktur tenaga dan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E).
2hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 5.4 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2026, sederhana berbanding pertumbuhan 6.2 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut anggaran awal daripada Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) RedPlanet Bhd mencatat terlebih langgan sebanyak 85.28 kali untuk orang awam Malaysia dengan sebanyak 7,031 permohonan bagi 1.77 bilion saham bernilai kira-kira RM336.72 juta.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yingde Gases Group Co Ltd melalui unitnya, NovaAir Industrial Gases Sdn Bhd, menyasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan kapasiti kilangnya di Kuala Lumpur kepada lebih 90 peratus dalam tempoh dua tahun.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia Airlines hari ini mengumumkan pembatalan semua penerbangannya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah di Arab Saudi bagi tempoh 12-17 Oktober ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- J&T Express Malaysia dan Asia Aero Network telah melanjutkan perkongsian sewa kargo udara mereka sehingga 2030 di bawah perjanjian yang ditandatangani hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) baru-baru ini telah memberi teguran kepada dua bekas perunding skim amanah unit (UTS) atas salah laku atau pelanggaran Kod Etika FIMM.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Korporat Malaysia diseru untuk memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan, produktiviti, perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 44 daripada 117 pusat kewangan global dalam Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI 40) terkini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.