BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 279 berita berdasarkan kata kunci carian " ce"

Perbadanan Labuan Lantik Jeffrey Lim Sebagai CEO Invest Labuan

LABUAN, 15 Okt (Bernama) -- Perbadanan Labuan (PL) melantik usahawan Jeffrey Lim Tau Hoong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Labuan Sdn Bhd (ILSB), iaitu anak syarikat pelaburan milik sepenuhnya PL berkuat kuasa hari ini.

WAWASANITA Sasar Perdagangan Dua Hala Bernilai RM15 Juta Dengan 15 Negara

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) menyasarkan perdagangan dua hala bernilai RM15 juta dengan 15 buah negara dalam tempoh enam bulan sebagai langkah menterjemahkan hubungan diplomatik kepada peluang perniagaan rentas sempadan bagi ahli-ahlinya.

Nexgram Lantik Pemegang Saham Utama Henry Cheang Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Nexgram Holdings Bhd mengumumkan Henry Cheang Soon Siang sebagai pemegang saham utama selepas mengambil alih 55.97 juta saham biasa, menjadikan jumlah pegangannya sebanyak 65.97 juta saham, mewakili 6.75 peratus daripada keseluruhan saham mengundi terbitan syarikat itu.

Kebergantungan Global Terhadap Import Tenaga Dijangka Memuncak Menjelang 2034

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kebergantungan global terhadap tenaga import diunjur mencapai kemuncak menjelang 2034, apabila kebimbangan mengenai keselamatan tenaga memacu peralihan ke arah elektrifikasi, di tengah-tengah peningkatan gangguan terhadap bekalan bahan api global.

Kastam Sabah Tamatkan Transit Kargo Ke Labuan Melalui Pelabuhan Kota Kinabalu

LABUAN, 15 Okt (Bernama) --  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah memutuskan untuk menamatkan aturan yang membenarkan kargo dan kontena ke Labuan, transit melalui Pelabuhan Kota Kinabalu sebelum dihantar ke pulau itu menggunakan jalan darat dan feri.

Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang memperincikan pendekatan baharu untuk memastikan tarif elektrik lebih adil dan sesuai dengan keadaan semasa pada tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Syarikat Telekomunikasi Dijangka Catat Pendapatan Lebih Kukuh Pada Separuh Kedua 2026 - RHB IB

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sektor telekomunikasi Malaysia dijangka mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh pada separuh kedua 2026 dan mengekalkan atau meningkatkan pembayaran dividen, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Biokenaf Jana Jualan Lebih RM50 Juta - Noraini

JELI, 15 Okt (Bernama) -- Pengkomersialan produk BioKenaf® hasil penyelidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menjana nilai jualan melebihi RM50 juta dan mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Krisis Asia Barat Lonjakkan Kos Bahan Api, Naikkan Surcaj Elektrik - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga bahan api dunia susulan krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan keselamatan di Selat Hormuz telah mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan arang batu pada suku kedua dan ketiga 2026 meningkat jauh melangkaui paras harga asas.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kerugian dicatatkan oleh Wall Street ketika sentimen pasaran kekal tidak menentu susulan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Syarikat Perlu Ambil Kira Alam Semula Jadi, Impak Jangka Panjang - Hoffmann

Oleh Alyaa Natasha Azhar

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat perlu mengintegrasikan alam semula jadi ke dalam model perniagaan mereka dan mengutamakan impak kemasyarakatan jangka panjang berbanding pulangan kewangan jangka pendek untuk mencapai kemakmuran mampan.

Selangor Tarik Pelaburan Berpotensi Lebih RM3 Bilion Daripada Empat Pelabur Asing

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor menarik minat pelaburan berpotensi bernilai lebih RM3 bilion daripada empat pelabur asing menerusi surat hasrat (LOI) yang diselaraskan oleh UOB Malaysia kepada Invest Selangor, mencerminkan minat kukuh pelabur untuk meneroka peluang perniagaan dan pertumbuhan di negeri itu.