Terdapat 954 berita berdasarkan kata kunci carian " at"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenyataan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong mata wang negara itu.

ADB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Bagi 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu sejajar dengan prestasi pasaran tunai pendasar. 

Penyertaan Sulung Libya Dalam MIHAS 2026 Bakal Rancakkan Dagangan Dua Hala Dengan Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Penyertaan sulung Libya dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 bertujuan meningkatkan perdagangan dua hala di antara Libya dengan Malaysia, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Am Pameran dan Persidangan Libya Essam Al-Aoul.

Bursa Malaysia Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Terhadap Saham Petrokimia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.

Belanjawan 2027: MITRANS Gesa Pengangkutan Awam Yang Boleh Diramal

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar kebolehramalan pengangkutan awam seharusnya menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027, iaitu dengan memberikan lebih perhatian terhadap usaha mengukuhkan perkhidmatan sedia ada, berbanding memberi tumpuan kepada projek besar yang baharu. 

Belanjawan 2027: Pembinaan, AI, Infrastruktur Antara Sektor Dijangka Raih Manfaat - Moomoo

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.

PM Anwar Naiki HSR Shanghai-Hangzhou, Nikmati Modenisasi Pengangkutan Awam China

HANGZHOU, 23 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim merasai sendiri kecekapan teknologi pengangkutan China apabila menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Shanghai ke Hangzhou pada Rabu, bagi meneruskan lawatan kerja ke wilayah Zhejiang, China. 

REHDA Gesa Perkasa SJKP, Lanjut Pelepasan Duti Setem Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Memperkasa Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta memperkenalkan struktur pembiayaan yang lebih fleksibel antara cadangan utama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi Belanjawan 2027.

CTOS Digital Kesan Akses Tanpa Kebenaran Kepada Data Pengguna

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CTOS Digital Bhd telah mengesan akses tanpa kebenaran kepada persekitaran tertentu yang menyokong perniagaan penggunanya.

Malaysia Ketengah Peranan Peneraju Kemahiran, Kecemerlangan Teknikal Di Persidangan Worldskills Shanghai

SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia menekankan peranannya sebagai peneraju serantau dalam pembangunan kemahiran dan kesiapsiagaan tenaga kerja hijau pada Persidangan WorldSkills Shanghai 2026, memperkukuh komitmen berterusannya untuk memperkasakan kecemerlangan teknikal dan vokasional.