Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu sejajar dengan prestasi pasaran tunai pendasar. 

Kontrak Disember 2026 susut 8.0 mata kepada 1,665.0, kontrak Oktober 2026 merosot 9.0 mata kepada 1,663.0, kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 berkurang 8.5 mata masing-masing kepada 1,669.0 dan 1,654.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,663 lot berbanding 8,146 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 48,007 kontrak daripada 48,706 sebelumnya. 

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.07 mata atau 0.42 peratus kepada 1,676.43, berbanding 1,683.50 ketika ditutup pada Selasa. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner