Terdapat 230 berita berdasarkan kata kunci carian " asean"

Malaysia, Maldives Mulakan Rundingan PTA, Buka Laluan Tingkatkan Perdagangan

Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memulakan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA), langkah yang dijangka mewujudkan peluang baharu kepada sektor perniagaan dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Ekspo Automotif MIAPEX 2026 Disasar Jana Jualan RM12 Juta

SERI KEMBANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Acara Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) 2026 pada bulan depan, disasar menjana jualan kira-kira RM12 juta menerusi sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C) yang kukuh.

Butterfield FB Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Dibuka Lima Sen Di Bawah Harga IPO

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Bank Pusat Utama

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat bank-bank pusat utama yang dijadualkan minggu ini, kata seorang ahli ekonomi.

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

BRICS Bukan Untuk Menentang Blok Lain, Malaysia Mahu Peraturan Dunia Lebih Adil - PM Anwar

Daripada R.Ratcharathan

KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Penglibatan Malaysia dalam BRICS bukan bertujuan untuk menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memperjuangkan sistem dan peraturan antarabangsa yang lebih adil.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Susut Daripada Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan ASEAN ketika ditutup pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS.

Pertumbuhan Pusat Data Mesti Beri Manfaat Nyata Kepada Ekonomi Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 16 September ini.

SC Sedang Bangunkan Sukuk Prisma SDG Bagi Pelaksanaan, Daya Tahan Iklim

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang membangunkan rangka kerja berasaskan Syariah baharu, Sukuk Prisma SDG bagi memudah cara penerbitan sukuk bukan ringgit yang menyokong pelaksanaan, daya tahan iklim dan keutamaan pembangunan mampan negara lain.

Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Serantau Dalam Bidang TBB, Kesalinghubungan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia komited memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kesalinghubungan sebagai usaha untuk memperluas peluang ekonomi pada peringkat subserantau ASEAN, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat RM4.06-RM4.08 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan dasar utama oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank of Japan (BOJ).