BERITA TERKINI   Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | AirAsia menetapkan sasaran mengumpul dana US$1 bilion, kebanyakannya untuk membiayai semula pinjaman dengan kos tinggi - Tony Fernandes | Agong perkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta - BHEUU | Kenaikan harga bahan api pesawat kurang mencabar berbanding impak pandemik COVID-19 - Tony Fernandes | Malaysia dilantik sebagai anggota Lembaga Gabenor IAEA bagi penggal 2026-2028 - Kementerian Luar | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 16 September ini.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0630/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0685/0725 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan kadar faedah Bank of Japan (BOJ) pada 18 September turut mempengaruhi sentimen pasaran.

Beliau berkata keadaan semasa yang mempengaruhi harga minyak mentah menunjukkan tekanan inflasi dijangka kekal tinggi, dengan harga minyak mentah Brent kini berada pada US$107 setong.

“Penutupan saluran paip minyak Timur-Barat oleh kerajaan Arab Saudi serta penangguhan mesyuarat antara Iran dan negara-negara Teluk menunjukkan bekalan minyak dari Asia Barat terdedah kepada risiko gangguan,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner

Sementara itu, katanya sentimen pasaran akan terus didominasi oleh keadaan pasaran yang cenderung mengelak risiko.

“Justeru, ringgit dijangka diniagakan antara RM4.07 dan RM4.08 hari ini,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.7106/7222 daripada 4.7178/7225 semasa ditutup pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.4952/5087 daripada 5.4961/5015, bagaimanapun rendah berbanding yen Jepun kepada 2.6478/6545 daripada 2.6400/6428 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2060/2144 daripada 3.2091/2125, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2731/3092 daripada 12.3072/3241 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 230.7/231.3 daripada 231.0/231.3 sebelum ini.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.48/6.50 daripada 6.49/6.50 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA