17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen menyarankan supaya kerajaan mewujudkan pengawal selia tunggal untuk institusi kewangan bukan bank (NBFI) yang memiliki aset yang besar ditempatkan di bawah payung penyeliaan yang sama.
17hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia, kecuali dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data inflasi utama negara maju berkenaan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM134.40 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun 2026, berbanding RM158.58 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- ASEAN memerlukan kerjasama serantau yang lebih padu untuk memperkukuh keterjaminan tenaga dan menangani cabaran penyelarasan modal yang dihadapi rantau ini dalam usaha peralihan tenaganya.
17hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) 2026 lebih tinggi kepada 4.0 peratus berbanding 3.4 peratus yang dibuat pada 2025 selepas prestasi pengeluaran mengukuh daripada jangkaan pada separuh pertama 2026.
17hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa berikutan kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perbincangan mengenai pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilakukan secara adil memandangkan setiap pelaburan institusi itu mempunyai risiko dan tidak semua kerugian yang dialami berpunca daripada salah laku, kata Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta memperincikan langkah untuk mengurangkan kebergantungan Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas pendapatan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyumbang hampir 26 peratus daripada pendapatan tahunan institusi itu.
17hari ago
PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun kepada RM177 bilion pada Jun 2026, iaitu lebih tinggi berbanding kenaikan 8.9 peratus pada Mei 2026 (RM172.7 bilion), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
17hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara 4.5 dan 5.5 peratus, meningkat daripada unjuran awal iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus.