Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, sejajar dengan penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global, kata peniaga.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.19 peratus kepada US$92.31 setong.

Ad Banner

Beliau berkata ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, rancangan China untuk melaksanakan penilaian tahunan terhadap 17 pengeluar utama kenderaan berhubung pembayaran kepada pembekal dijangka membantu meningkatkan kestabilan rantaian bekalan dan menyokong keyakinan terhadap industri automotif,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 17.50 sen kepada 1,003.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 5.0 sen kepada 768.5 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA