1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu berikutan kelemahan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang terus mempengaruhi sentimen pasaran.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan menjelang pengeluaran laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa depan, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu berikutan pelabur memantau perkembangan di Asia Barat serta kemungkinan impaknya terhadap pasaran global.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai peningkatan paras stok dalam negara, prestasi eksport yang perlahan berbanding jangkaan serta penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan harga emas COMEX berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Program Penyumberan Global (GSP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menjana jualan eksport sebanyak RM325.95 juta untuk syarikat aeroangkasa Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Lianson Fleet Group Bhd (LFG) memperoleh dua kapal bernilai RM213.2 juta secara tunai sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan armada pengangkutannya melangkaui perniagaan kapal sokongan luar pesisirnya.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Apex Securities mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2026 pada 4.5 peratus tahun ke tahun, tidak berubah daripada ramalan sebelum ini, dengan pertumbuhan pengeluaran dijangka sederhana berikutan penyusutan aktiviti penyimpanan stok serta kesan asas tinggi selepas prestasi kukuh pada separuh kedua 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Air Asia Group Bhd dan Tourism Authority of Thailand (TAT) memperkukuh hubungan strategik jangka panjang menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bagi mempromosikan Thailand sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di rantau ini.