BERITA TERKINI   Keuntungan bersih Maybank meningkat kepada RM2.69 bilion pada suku kedua 2026 daripada RM2.62 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas | Banjir Nepal: Dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi - KP JBPM | RCI TH: Reman bekas CEO TH disambung empat hari hingga 31 Ogos - Peguam | Kerjasama PH dan BN bagi PRN Melaka diputuskan sebelum Hari Malaysia, perbincangan dijangka berlangsung minggu ini – Amirudin | Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Kathmandu belum dapat dihubungi - Wisma Putra | 

Terdapat 788 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi"

Belanjawan 2027 Dibentang Pada Awal Oktober, Terus Perkasa Hidup Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mula merangka Belanjawan 2027 pada bulan depan dan seterusnya dibentangkan pada awal Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maybank, CGIF Meterai MoU Perkukuh Pasaran Modal Mata Wang Tempatan ASEAN+3

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas pembangunan pasaran modal mata wang tempatan di rantau ASEAN+3 yang merangkumi Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan.

Entiti Eksport Baharu Indonesia Dijangka Beri Impak Kecil Terhadap Ekonomi -- RHB IB

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 23 Julai (Bernama) -- Entiti eksport Indonesia yang baharu diwujudkan, Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI) dijangka memberi impak terhad terhadap pasaran ekonomi dan eksport komoditi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap perubahan besar ke atas eksport komoditi yang strategik.

Sektor Pembuatan Catat Pertumbuhan Kukuh Di Bawah NIMP 2030

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pembuatan terus mencatat prestasi positif selepas dua tahun pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dengan nilai tambah keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor itu meningkat 5.9 peratus pada suku pertama 2026.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Seiring Penurunan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, seiring penyusutan mata wang utama lain, apabila unit tempatan itu dijangka terus bergerak dalam aliran berhati-hati susulan ketegangan yang masih berlarutan di Asia Barat terus mengganggu bekalan minyak dan gas global.

Lonjakan Harga Minyak Dorong Jurang Dalam Pasaran Global, Saham AI Dan Semikonduktor Terus Tarik Pelabur - Penganalisis

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Di sebalik kebimbangan kemungkinan lonjakan harga minyak mentah Brent boleh menjejaskan pasaran global, beberapa indeks penting yang menerima manfaat daripada kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor, dilihat masih menarik aliran pelaburan.

Jangkaan Bekalan, B50 Indonesia Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya meningkat pada Rabu, dipacu jangkaan bekalan terhad, mandat B50 biodiesel Indonesia serta diskaun harga komoditi itu berbanding minyak saingan lain.

Pembesaran Pelabuhan Sapangar Dijangka Siap Oktober 2027

KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar kini mencapai kemajuan 62.75 peratus setakat Jun lepas dan dijangka siap pada Oktober 2027 selepas pelaksanaannya tertangguh akibat kekangan mendapatkan bekalan pasir yang memenuhi spesifikasi projek.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lonjakan harga minyak mentah terbukti mendorong ringgit yang mengukuh berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang mengukuh dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

BEZ Malaysia-Thailand Mampu Pacu Dagangan, Kurangkan Kos Logistik -- Ahli Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (BEZ) berpotensi memberi impak ketara dari segi pengukuhan hubungan dagangan dua hala dan kemajuan ekonomi serantau, kata ahli ekonomi.

Malaysia Mungkin Ada Kelebihan Disebalik Cadangan Tarif Buruh Paksa AS - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif 10 peratus ke atas barangan Malaysia di bawah langkah berkaitan buruh paksa Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan neutral terhadap prospek perdagangan, dengan negara ini berpotensi mendapat kelebihan berbanding pesaing serantau dengan tarif lebih tinggi, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).