Terdapat 701 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului Petronas Chemicals Group Bhd, CelcomDigi Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.

Pelabur Asing Kembali Catat Belian Bersih Dengan Aliran Masuk Bersih RM11.1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM11.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal pada Isnin.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, namun menurun kemudiannya berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati dalam persekitaran aktiviti pengambilan untung secara berselang-seli.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi oleh kelemahan dalam pasaran tenaga.

Bursa Malaysia Dijangka Meningkat, Dipacu Untung Korporat, Aliran Masuk Asing

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan  kecenderungan meningkat minggu depan, disokong keuntungan korporat yang berdaya tahan, aliran masuk dana asing semakin baik, dan keredaan kebimbangan mengenai perdagangan global.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Sekitar US$4,050-US$4,100 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran terhad di antara US$4,050 dan US$4,100 setiap auns troy dengan kecenderungan meningkat. 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat 1,710 Hingga 1,740 Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat dalam julat antara 1,710 hingga 1,740 minggu depan, menurut seorang penganalisis.

Bekalan Bahan Api Di Stesen Petronas Dijangka Stabil Dan Mencukupi Sehingga September

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petronas seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga bulan September, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas menjejaki kelemahan dalam harga minyak kacang soya.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Belian Saham Mewah

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.