BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | 

Terdapat 188 berita berdasarkan kata kunci carian " tidak berubah"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Rendah Pada Dagangan Awal Selepas Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, namun menurun kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter saham wajaran tinggi terpilih.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang ketat, mengimbangi sokongan daripada dolar AS yang lemah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi penurunan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada Khamis, mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut, susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih serta dipengaruhi oleh penurunan di pasaran serantau dan Wall Street.

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran mencatat peningkatan selama empat hari berturut-turut sebelum ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kerugian dicatatkan oleh Wall Street ketika sentimen pasaran kekal tidak menentu susulan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Disokong Peningkatan Minat Risiko

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila penerimaan minat risiko pelabur bertambah baik menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) dengan sentimen disokong oleh pembentangan Belanjawan 2027 pada minggu lepas.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Empat Hari Berturut-turut, Belian Harga Rendah Berterusan

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Indeks Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut apabila ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti pembelian saham ketika harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan, dengan pasaran kekal dalam wilayah positif sepanjang sesi dagangan.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Prospek Bekalan Thailand

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, menjejaki penurunan niaga hadapan getah serantau apabila jangkaan peningkatan bekalan bahan mentah dari Thailand susulan musim kemuncak pengeluaran negara itu menjejaskan sentimen.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.