BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatan - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lain - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi penurunan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih rendah turut menjejaskan sentimen terhadap komoditi itu.

Ad Banner

“Kami mendapati paras sokongan sekitar RM4,600 setan, manakala paras rintangan pada RM4,750 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 tidak berubah pada RM4,427 setan, November 2026 susut RM84 kepada RM4,476 setan, manakala Disember 2026 turun RM81 kepada RM4,619 setan.

Sementara itu, kontrak Januari 2027 dan Februari 2027 masing-masing susut RM85 kepada RM4,725 setan dan RM4,815 setan, manakala Mac 2027 merosot RM79 kepada RM4,899 setan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 133,700 lot daripada 124,058 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 333,964 kontrak daripada 335,045 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM60 kepada RM4,440 setan.

-- BERNAMA