Terdapat 372 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Moody’s Naikkan Unjuran Malaysia Pada A3 Stabil, Dipacu Pertumbuhan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi kadar asas  pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham-saham berkaitan indeks, meskipun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Lonjakan Malaysia Dalam Ranking Daya Saing Dunia Bukti Kekukuhan Asas Ekonomi Negara

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Lonjakan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan pengukuhan asas ekonomi negara.

JETP Dilancar, Sasar 83 Projek Pelaburan Bernilai RM167.4 Bilion Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.

Malaysia Perlu Lebih Agresif Teroka Peluang Ekonomi Dengan Rusia - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu bergerak lebih agresif dan berani dalam memperkukuh hubungan ekonomi dengan Rusia serta negara lain yang berpotensi memberikan manfaat kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Catat Prestasi Terbaik, Naik Ke Kedudukan 15 Dalam Penarafan Daya Saing Dunia - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Kedudukan Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) menjadi bukti kepada usaha memperkukuh kecekapan dan meningkatkan tahap pelaksanaan yang terus membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SRKK AI Sasar Kumpul RM20.48 Juta Melalui IPO Untuk Inisiatif Pertumbuhan Strategik Dalam AI

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- SRKK AI Bhd berhasrat untuk mengumpul sebanyak RM20.48 juta daripada Tawaran Awam Permulaannya (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd untuk inisiatif pertumbuhan strategik dalam Kepintaran Buatan (AI).

ASEAN, Rusia Perlu Perkukuh Kerjasama Keselamatan, Ekonomi, Rakyat: Marcos

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan, perdagangan, pelaburan dan hubungan antara rakyat ketika kedua-dua pihak melakar fasa seterusnya dalam perkongsian strategik mereka, kata Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada Khamis.

PKFZ Catat Hasil RM108 Juta Walaupun 'Pengaktifan Semula' Capai 86 Peratus

PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.

Nilai Kontrak Projek Pencawang Pusat Data Suncon Di Johor Meningkat Kepada RM865.6 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, telah menerima arahan perubahan permintaan perkhidmatan projek bagi pembinaan dan menyiapkan pencawang untuk dua projek pusat data di Johor.

Untung Bersih Suku Ketiga Top Glove Melonjak Kepada RM80.98 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd, mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM80.98 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM34.74 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.