1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petra Energy Bhd, Petra Marine Sdn Bhd (PMSB) telah memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) untuk pelupusan kapal-kapalnya pada harga kira-kira RM61.31 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd (PLL), memeterai Perjanjian Prinsip (HoA) dengan syarikat utiliti Jepun, Hokuriku Electric Power Company, bagi merundingkan dan memuktamadkan pembaharuan perjanjian bekalan gas asli cecair (LNG) jangka panjang.
1bulan ago
SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar perkakas rumah pintar China, Midea Group (Midea) dan 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 Speed Mart) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk memperluaskan ketersediaan perkakas rumah berkualiti dan cekap tenaga di lebih 3,100 cawangan rangkaian runcit syarikat itu di seluruh negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Bank Islam Terbaik Dunia pada Anugerah Euromoney Islamic Finance 2026, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama menerima pengiktirafan global berprestij itu sejak anugerah berkenaan diperkenalkan.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Delta Electronics, syarikat penyedia penyelesaian pengurusan kuasa dan teknologi hijau pintar dari Taiwan, memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan pejabat baharu di Southern Industrial and Logistics Clusters (SiLC), Iskandar Puteri, Johor Bahru.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack sebagai pengerusinya yang baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas United Asiapac Energy Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada harga terbitan 35 sen sesaham, dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd dijadualkan pada 19 Ogos.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh secara purata pada kira-kira lima peratus untuk tahun ini dan 2027 meskipun berdepan ketidaktentuan global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestlé (Malaysia) Bhd bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 meningkat kepada RM155.01 juta daripada RM112.11 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Keutamaan segera Malaysia pada masa ini adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi isu gaji struktur sebelum meluaskan asas cukai, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia masih berada pada landasan yang tepat untuk mencatatkan pertumbuhan antara empat hingga lima peratus pada 2026 dengan inflasi yang kekal terurus meskipun terdapat kejutan bekalan tenaga, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Selasa namun rendah sedikit berbanding dolar AS, dipengaruhi sentimen pasaran berikutan ketidaktentuan yang masih berlarutan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.