BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Midea, 99 Speedmart Bekerjasama Perluas Rangkaian Perkakas Rumah

SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar perkakas rumah pintar China, Midea Group (Midea) dan 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 Speed Mart) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk memperluaskan ketersediaan perkakas rumah berkualiti dan cekap tenaga di lebih 3,100 cawangan rangkaian runcit syarikat itu di seluruh negara.

Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam berkata langkah itu bertujuan untuk meningkatkan akses pengguna kepada barangan elektrik asas melalui rangkaian runcit pasar mini terbesar di Malaysia.

Beliau berkata kerjasama itu memanfaatkan rangkaian pengedaran 99 Speed Mart yang luas untuk mendekati komuniti kejiranan dengan lebih berkesan, selaras dengan slogan ‘Near n Save’ syarikat itu.

Ad Banner

“Menerusi kerjasama ini, Midea boleh menyediakan akses lebih mudah kepada perkakas dan teknologi rumah terkini seperti pengisar, cerek elektrik, periuk nasi, kipas, pembakar roti, ketuhar, pemacu vakum dan dapur secara terus di lokasi yang paling dekat dengan pengguna, katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Midea dan 99 Speed Mart, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Wilayah Asia Pasifik (APAC) Midea, Zeal Jiang, dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang mewakili Lee berkata inisiatif itu membolehkan syarikat melangkah lebih jauh daripada tawaran barangan runcit tradisional dengan menyediakan penyelesaian perkakas rumah dipercayai.

Ad Banner

Beliau berkata langkah itu juga melengkapi usaha peluasan rangkaian runcit khusus Midea, termasuk pelancaran 18 kedai jenama Midea di seluruh negara pada tahun lepas.

Menurutnya, bermula Ogos ini, produk Midea akan dilancarkan secara meluas di seluruh cawangan 99 Speedmart di Malaysia bagi memastikan lebih banyak isi rumah mendapat akses mudah kepada produk yang dipercayai.

Yong berkata pengenalan 27 model produk Midea melalui platform 99 Bulksales turut membuka peluang untuk memenuhi keperluan pembelian kumpulan korporat, organisasi, dan institusi, sekali gus memacu pertumbuhan perniagaan bagi kedua-dua pihak.

“Sebagai peruncit pasar mini terbesar negara, kami sentiasa berusaha memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia dengan menyampaikan lebih kemudahan dan nilai tambah melalui rangkaian cawangan kami, katanya.

Antara barangan Midea kini ditawarkan di cawangan terpilih 99 Speed Mart ialah pengisar balang kaca, cerek jug dinding berkembar, periuk nasi konvensional, kipas meja, pembakar roti (pop-up toasters), dan pembersih vakum.

Midea disenaraikan di Fortune Global 500, serta Bursa Saham Shenzhen dan Hong Kong, dan beroperasi di lebih 200 negara dengan portfolio jenama global yang merangkumi Toshiba, COLMO, Eureka, dan KUKA.

-- BERNAMA