BERITA TERKINI   Fenomena El Nino : Paras air 37 empangan normal, sembilan tahap amaran dan satu kritikal - SPAN | Banjir Nepal: Malaysia sedang selaras penghantaran bantuan termasuk kemungkinan gerakkan SMART - PM Anwar | Hanya 30 buah sekolah di Lubok Antu, Sarawak ditutup setakat ini susulan bacaan IPU melebihi 200 - Timbalan Menteri Pendidikan | Sebanyak 11 sekolah baharu beroperasi tahun ini, termasuk tiga di Johor yang bermula Sept depan - Timbalan Menteri Pendidikan | 

Terdapat 1812 berita berdasarkan kata kunci carian "s"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Geopolitik, Pertumbuhan Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.

KWSP Daftar 441,846 Ahli Baharu, Keahlian Hampir 18.5 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Serantau, Kebimbangan El Niño

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Jumlah Pendapatan Pelaburan KWSP Separuh Pertama 2026 Naik 48 Peratus Kepada RM57.50 Bilion 

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Celestica Akan Wujudkan Lebih 2,100 Peluang Kerja Di Malaysia, Sokong Pertumbuhan AI

GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.

PIDM Lantik Afiza Abdullah Sebagai CEO Berkuat Kuasa 28 Ogos

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah melantik Afiza Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 28 Ogos 2026, menggantikan Rafiz Azuan Abdullah, yang telah menerajui organisasi selama sembilan tahun.

Kenanga IB Kekal Unjur Inflasi 2026 Pada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.1 peratus bagi 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025, dengan tekanan harga domestik kekal terkawal meskipun risiko tenaga kembali meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim Group Azmi Ahmad Direman Bantu Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR, Aug 17 (Bernama) -- Alam Maritim Resources Bhd hari ini mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Azmi Ahmad sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong minat belian terhadap kaunter wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi dan media, utiliti serta produk perindustrian.

Inflasi Malaysia Turun 1.8 Peratus Pada Julai 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia turun 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata pada Julai daripada 134.7 setahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

PublicInvest Naikkan Unjuran KDNK 2026 Kepada 5.4 Peratus Susulan Prestasi Kukuh Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan mendorong Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) menaikkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 5.4 peratus tahun ke tahun daripada 4.6 peratus.

Kenanga IB Kekal Unjuran Ringgit Pada RM3.95 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang berterusan serta rekod deposit mata wang asing.