BERITA TERKINI   Op Fella: SPRM rakam keterangan bekas Pengerusi Felda Isa Samad di Penjara Sungai Buloh pada 17 Sept - KP SPRM | 

Terdapat 685 berita berdasarkan kata kunci carian " jun"

Kerajaan Sarawak Lulus Pelantikan Bintulu Port Sebagai operator Pelabuhan Bintulu

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah memberikan kelulusan secara prinsip bagi pelantikan anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) sebagai operator Pelabuhan Bintulu di bawah Seksyen 12(2) Ordinan Lembaga Pelabuhan 1961.

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut, Jejaki Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah Kukuhkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) terus menjejaskan sentimen pasaran serantau dan memberi sokongan terhadap dolar AS.

SC Lantik Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu Bagi Penggal 2026-2029

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik tujuh anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029. 

Penggunaan Elektrik Pusat Data Diunjur 31 Peratus Menjelang 2035 

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.

DNB Percepat Fasa Pertumbuhan 5G Seterusnya

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan kapasiti, prestasi dan memenuhi keperluan masa hadapan selari dengan peranannya sebagai penyedia infrastruktur 5G terkemuka Malaysia.

Subsidi Produk Petroleum Dijangka Hampir RM40 Bilion Tahun Ini - MOF

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Sebanyak 10 Syarikat Pemula Niaga Cip Tempatan Dipilih Sertai Kohort Pertama Semiconstart Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga semikonduktor Malaysia dipilih untuk program inkubasi semikonduktor kebangsaan yang julung kali diadakan, SemiconStart Malaysia, yang bertujuan membantu mengkomersialkan teknologi buatan tempatan dan membangunkan syarikat teknologi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Keyakinan Pengguna AS Yang Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

Tiada Bayaran Insentif Pengeluaran Getah Untuk Jun 2026 -- LGM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Tiada bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibuat kepada pekebun kecil getah pada Jun 2026 memandangkan purata harga bulanan ladang untuk getah sekerap kekal melebihi ambang pengaktifan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

RHB Bank Selesai Terbitan Nota Tahap 2 Bernilai RM410 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- RHB Bank Bhd menyelesaikan penerbitan Nota Tahap 2 (T2) bernilai RM410 juta di bawah Program Notanya.