29hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis apabila hutang negara Amerika Syarikat (AS) yang melepasi US$40 trilion buat kali pertama telah menjejaskan prestasi dolar AS.
29hari ago
LABUAN, 20 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Labuan mengusulkan supaya projek pembangunan pesisir pantai Labuan dijadikan antara agenda utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi memanfaatkan potensi pulau bebas cukai itu yang masih belum diterokai sepenuhnya.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah ketiganya bagi tahun ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis berikutan penyusutan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko susulan pengumuman Perbendaharaan AS mengenai peningkatan operasi pembelian balik bon, kata penganalisis.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd melonjak kepada RM78.15 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026, daripada RM41.38 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), iaitu Southville City Sdn Bhd (Southville City) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan WG Malaysia X Sdn Bhd bagi cadangan penjualan tanah seluas 31.88 hektar di Dengkil, Selangor bernilai RM617.86 juta.
29hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
SEGAMAT, 20 Ogos (Bernama) -- Segamat Inland Port (SIP) menyasarkan pengendalian lebih 6,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena hingga akhir tahun ini selepas kembali beroperasi pada akhir Jun lepas.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia muncul sebagai negara pertama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menubuhkan Rangkaian Majlis Penasihat Perniagaan RCEP (RBAC) di peringkat kebangsaan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia terus mengukuh pada Julai 2026, meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion daripada RM265.7 bilion setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan berterusan dalam eksport dan import.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman.