BERITA TERKINI   Jerebu rentas sempadan: Kerajaan hargai Indonesia benarkan rentas ruang udara bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan - Arthur | Jerebu: Malaysia, Indonesia lipat ganda tindakan pencegahan, pemadaman awal bagi tambah baik kualiti udara menjelang sambutan Hari Kebangsaan - Arthur | Polis pertingkat kawalan di sempadan negara susulan letupan bom di selatan Thailand - KPN | Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Unit Mah Sing Jual Tanah Di Dengkil Pada RM618 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), iaitu Southville City Sdn Bhd (Southville City) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan WG Malaysia X Sdn Bhd bagi cadangan penjualan tanah seluas 31.88 hektar di Dengkil, Selangor bernilai RM617.86 juta.

Menurut syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, cadangan penjualan itu yang dijangka selesai pada separuh kedua 2027, adalah selaras dengan strategi Mah Sing untuk menjana keuntungan daripada tanah sedia ada bagi pembangunan yang mencipta nilai dan menggunakan semula modal bagi peluang pertumbuhan masa hadapan. 

“Cadangan penjualan ini akan meningkatkan kebolehubahan kewangan kumpulan dan menyediakan modal tambahan bagi pembangunan hartanah, perbankan tanah yang strategik dan peluang pertumbuhan lain.

Ad Banner

“(Ia akan) menyokong strategi infrastruktur digital Mah Sing yang lebih meluas dan pembangunan berterusan Hab Mah Sing DC @ Southville City,” jelas syarikat itu. 

Selain itu, tambah Mah Sing hasil tunai daripada cadangan penjualan itu akan digunakan untuk kerja-kerja infrastruktur lain dan perbelanjaan berkaitan cadangan penjualan, modal kerja, serta aktiviti pembangunan dan pelaburan masa hadapan kumpulan tersebut, termasuk peluang di bawah strategi infrastruktur digital Mah Sing. 

Menurut Mah Sing, cadangan penjualan itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas aset bersih dan tahap kadar hutang kumpulan itu. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA