14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.
15hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh.
15hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk hari kedua berturut-turut berikutan pemulihan harga emas dalam pasaran global.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.
15hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, ketika pasaran terus memantau hala tuju kadar faedah AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 15 dan 16 Sept ini.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari terakhir dagangan minggu ini, terjejas oleh penurunan di kaunter perladangan apabila para pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor tersebut baru-baru ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Forescom Plywood Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah seluas 8.32 hektar di Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, pada harga RM34 juta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.
15hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi hari ini disokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran getah serantau, kata seorang peniaga.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan ke Busan mulai 2 Disember, 2026, menghubungkan semula Kuala Lumpur dengan bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu selepas kali terakhir menawarkan laluan berkenaan antara tahun 1996 dan 1998.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmREIT Managers Sdn Bhd (AmREIT), pengurus AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini mengumumkan telah mengeluarkan pekeliling kepada pemegang unit berhubung cadangan penjualan Menara AmBank kepada AmBank (M) Bhd dengan bayaran tunai sebanyak RM331 juta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kualiti aset bank Malaysia kekal berdaya tahan, disokong penampan penyerapan kerugian yang mapan serta pengurusan risiko kredit yang proaktif, meskipun berdepan ketidaktentuan yang meningkat susulan konflik Asia Barat dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, kata RAM Ratings.