2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat di tengah-tengah jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akhir tahun ini, yang akan menyokong dolar AS dan memberi kesan kepada daya tarikan logam berharga itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Dagangan dalam saham-saham Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) akan digantung mulai 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin sementara menunggu pengumuman.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu bergerak lebih agresif dan berani dalam memperkukuh hubungan ekonomi dengan Rusia serta negara lain yang berpotensi memberikan manfaat kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis selepas ditekan oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, menurut seorang peniaga.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Rusia bersetuju memberi jaminan bagi bekalan petrol, minyak dan gas kepada Malaysia bagi tempoh jangka panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Kedudukan Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) menjadi bukti kepada usaha memperkukuh kecekapan dan meningkatkan tahap pelaksanaan yang terus membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas unjuran agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan US dolar sehingga menjejaskan permintaan terhadap logam berharga itu.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga dengan menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, diasak jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah utama lewat tahun ini bagi merangsang permintaan terhadap dolar.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di sebalik kebimbangan mengenai isu berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas harga minyak mula menurun, seterusnya meredakan kebimbangan inflasi dan merangsang sentimen yang lebih baik terhadap logam berharga itu.
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR,15 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan dalam minyak kacang soya.