BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Jangkaan Kadar Faedah Fed Naik Asak Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga dengan menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, diasak jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah utama lewat tahun ini bagi merangsang permintaan terhadap dolar.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1145/1195 berbanding dolar AS daripada 4.0665/0700 pada penutupan sebelum ini.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada tahun ini akan terus menyokong pengukuhan dolar AS.

“Prospek itu masih ketara walaupun Fed mengunjurkan kadar dana persekutuan lebih rendah iaitu 3.6 peratus pada 2027 dan 3.4 peratus pada 2028 berbanding 3.8 peratus pada 2026.

“Oleh itu, kami percaya terdapat reaksi segera dalam kalangan peniaga memandangkan Fed juga  tidak lagi meneruskan amalan berkongsi petunjuk awal dalam kenyataan pengumuman,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama dunia.

Ini termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.5588/5620 daripada 2.5360/5384 dan rendah berbanding euro kepada 4.7222/7280 daripada 4.7175/7216.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4476/4542 daripada 5.4552/4599 sebelum ini.

Dalam pada itu, berbanding mata wang serantau, ringgit turut diniagakan lebih rendah.

Berbanding baht Thailand, ringgit susut kepada 12.5611/5809 daripada 12.5027/5192, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 231.2/231.5 daripada 229.3/229.7 sebelumnya, turun berbanding peso Filipina kepada 6.79/6.80 daripada 6.74/6.75 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1898/1939 daripada 3.1722/1752.

-- BERNAMA