BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Kadar Faedah BOJ Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0665/0700 berbanding dolar AS daripada 4.0485/0525 semasa ditutup semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan BOJ untuk menaikkan kadar dasarnya mendorong pelabur untuk terus berwaspada walaupun harga minyak mentah menyusut.

Bank pusat Jepun telah meningkatkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas kepada 1.00 peratus seperti yang dijangkakan, menandakan paras tertinggi sejak 1995, katanya.

“Keputusan itu adalah berdasarkan kenaikan inflasi dan keadaan pertumbuhan ekonomi yang semakin baik, yang menyebabkan dasar monetari yang terlalu akomodatif semakin tidak sesuai,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup dagangan, ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.5360/5384 daripada 2.5283/5309 semasa ditutup semalam, rendah berbanding pound Britain kepada 5.4552/4599 daripada 5.4355/4409 dan menyusut berbanding euro kepada 4.7175/7216 daripada 4.6987/7033.

Mata wang tempatan turut susut berbanding mata wang serantau.

Ringgit rendah berbanding baht Thailand kepada 12.5027/5192 daripada 12.4294/4474 semasa ditutup semalam, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 229.3/229.7 daripada 228.5/228.9, menyusut berbanding peso Filipina kepada 6.74/6.75 daripada 6.69/6.70 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1722/1752 daripada 3.1580/1613.

-- BERNAMA