Terdapat 1992 berita berdasarkan kata kunci carian " it"

PNB Lancar Sukuk Boleh Tukar Bercagar Kedua Bernilai US$300 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar kedua bernilai US$300 juta kedua untuk mengoptimumkan portfolionya menerusi penyelesaian pasaran modal yang inovatif.

Bursa Malaysia Kembali Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi pada Rabu walaupun pasaran Wall Street lemah ketika kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak mentah semakin meningkat susulan ketegangan di Asia Barat yang kian memuncak, kata penganalisis.

Pemikiran Keusahawanan Adalah Kunci Kepada Kebolekerjaan Graduan

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pemikiran keusahawanan harus diterapkan dengan lebih mendalam dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk membangunkan graduan dengan kebolehpasaran jangka panjang selain bergerak melangkaui tumpuan tradisional dalam menyediakan mereka ke arah pekerjaan pertama.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Kadar Faedah Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan unit negara maju itu menyusut ketika pasaran menilai prospek kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

TRC Synergy Raih Kontrak RM149.98 Juta Bagi Pusat Data Hiperskala

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.

Public Bank Akan Nyahsenarai Anak Syarikat Hong Kong Pada HK$2.50 Sesaham

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Public Bank Bhd mengemukakan cadangan untuk menyahsenarai anak syarikatnya yang dimiliki sebanyak 73.23 peratus, Public Financial Holdings Ltd (PFHL) pada harga tawaran HK$2.50 (RM1.29) sesaham.

Pusat Data Sumbang 9.28 Peratus Daripada Penggunaan Elektrik – Suruhanjaya Tenaga

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pusat data ketika ini menyumbang 9.28 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik negara, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Bahagian Automasi Mesin ABB Group Sasar Pulau Pinang Sebagai Hab Operasi Asia Tenggara

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Bahagian Automasi Mesin (B&R) ABB Group yang berpangkalan di Switzerland berhasrat memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang dan memperluas peranan negeri itu dalam operasi Asia Tenggaranya.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah, Minat Belian Tumpu Saham Binaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi akhir Selasa ketika minat belian beralih daripada indeks saham wajaran tinggi kepada saham pembinaan bermodal kecil dengan sentimen terus diasak oleh ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Kepimpinan MATRADE Pacu Pemecutan Eksport, Perkasa Daya Tahan Perdagangan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Sept  (Bernama) -- Kepimpinan eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) terus komited dalam memacu lonjakan eksport serta memperkukuh daya tahan sektor perdagangan antarabangsa negara melalui strategi berteraskan pasaran dan pemudah cara perdagangan yang proaktif.

Kecekapan Tenaga, Inovasi Kunci Daya Saing Industri - ABB

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Industri perlu mempertingkat produktiviti, mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memperkukuh kebolehpercayaan operasi, selain mempercepat agenda kelestarian bagi memastikan daya saing kekal kukuh dalam persekitaran kos yang meningkat serta perubahan teknologi yang pesat.