BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-1 Sabah FC (aggregat 4-3) | Piala FA: KL City FC 0-0 Perak FA (agregat 1-0) | Piala FA: DPMM 2-3 Terengganu FC | UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama - Mohamad | Piala FA: Penang FC 2-1 Melaka FC (agregat 3-1) | 

Bursa Malaysia Kembali Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Wall Street Lemah

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi pada Rabu walaupun pasaran Wall Street lemah ketika kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak mentah semakin meningkat susulan ketegangan di Asia Barat yang kian memuncak, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.26 mata atau 0.19 peratus kepada 1,717.66 berbanding 1,714.40 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.06 mata lebih tinggi kepada 1,715.46.

Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 226 berbanding 115 manakala 331 kaunter tidak berubah, 2,137 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 229.35 juta saham bernilai RM110.32 juta.

Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street memulakan dagangan minggu ini lebih rendah berikutan kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak mentah yang semakin ketara, apabila minyak mentah Brent menghampiri US$100 setong susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Beliau berkata hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun turut ditutup tinggi pada 4.792 peratus, yang berpotensi mengurangkan daya tarikan aset pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit.

“Di dalam negara, FBM KLCI ditutup mendatar dalam keadaan konsolidasi pasaran yang berterusan. Dagangan juga tidak menentu pada sepanjang hari dengan jumlah dagangan harian meningkat melebihi paras empat bilion saham.

“Tanpa pemangkin, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat antara 1,710 hingga 1,720 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 2.0 sen kepada RM10.56, Public Bank menambah 1.0 sen kepada RM5.01, Tenaga Nasional naik 4.0 sen kepada RM13.94 dan IHH Healthcare melonjak 8.0 sen kepada RM7.92 manakala Press Metal Aluminium susut 1.0 sen kepada RM7.93.

Antara saham yang aktif diniagakan termasuk Zetrix AI yang turun setengah sen kepada 30 sen, NexG meningkat 2.5 sen kepada 29.5 sen dan K-One Technology naik 2.0 sen kepada 15 sen. Yong Tai susut setengah sen kepada 12.5 sen manakala GIIB tidak berubah pada 53.5 sen.

Kaunter paling untung diterajui Malaysian Pacific Industries yang meningkat 38 sen kepada RM40.20, diikuti Malayan Cement naik 20 sen kepada RM5.72, Hengyuan meningkat 13 sen kepada RM3.13, UMS Integration mengukuh 12 sen kepada RM8.26 dan Westports menokok 9.0 sen kepada RM6.95.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 69.39 mata kepada 17,896.30 manakala Indeks FBM ACE menokok 9.71 mata kepada 5,281.94.

Indeks FBM Emas menokok 31.17 mata kepada 12,702.20, Indeks FBM Top 100 menambah 29.96 mata kepada 12,503.65 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 35.16 mata kepada 12,485.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 18.37 mata kepada 20,165.85 manakala Indeks Perladangan susut 9.22 mata kepada 9,467.41.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.48 mata kepada 187.90 manakala Indeks Tenaga meningkat 3.14 mata kepada 821.91.

-- BERNAMA