Terdapat 936 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

Indeks Pelopor Malaysia Meningkat 1.3 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan momentum positifnya dengan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.3 peratus pada Jun 2026, mencapai 114.8 mata berbanding 113.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, kata penganalisis.

Inisiatif Kelestarian Maraton Maybank Terus Diperluas

Oleh Nik Nurfaqih Nik Will

BALI, 22 Ogos (Bernama) -- Kelestarian akan terus menjadi asas utama dalam pembangunan Maraton Maybank, seiring dengan langkah kumpulan perbankan itu dalam meningkatkan usaha untuk mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif serta berterusan di ASEAN.

Misi Eksport MATRADE Ke Kemboja Atasi Sasaran Awal, Jana Jualan RM186 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya mencatatkan jualan bernilai RM186 juta menerusi program Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Kemboja, sekali gus mengatasi sasaran awal RM100 juta.

Maybank Dan SMF Bekerjasama Pacu Pertumbuhan Pembuatan Merentasi JS-SEZ, ASEAN

JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Maybank dan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan menyokong pembangunannya sebagai cadangan yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara serta rantau ASEAN yang lebih luas.

Malaysia Bakal Tuan Rumah ICOPA 2030 Di Kuching, Pertama Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya memperoleh hak penganjuran Kongres Antarabangsa Parasitologi (ICOPA) 2030, yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak dari 18 hingga 23 Ogos, 2030.

HAVI Buka TechHUB Malaysia Pada November, Pertama Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — HAVI, peneraju rantaian bekalan global, akan membuka TechHUB di Malaysia pada November tahun ini, yang merupakan salah satu daripada empat hab seumpamanya di seluruh dunia dan pertama di Asia Pasifik.

Jumlah Perdagangan Malaysia Melonjak 24.7 Peratus Kepada RM2.16 Trilion - MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM2.16 trilion bagi tempoh Januari-Julai 2026, melonjak 24.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh permintaan eksport yang kukuh, demikian menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ringgit Akhiri Minggu Dagangan Dengan Kukuh, Kebimbangan Pasaran Bon AS Tekan Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun hasil Perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Banyak Berubah Susulan Kebimbangan Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari Disokong Daya Tahan Asas Ekonomi Domestik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.