Terdapat 39 berita berdasarkan kata kunci carian " runcit"

CIMB Securities Kekal Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

Unit Tafi Raih Kontrak Pembinaan RM135 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – TAFI Home & Office Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TAFI Industries Bhd, telah menerima surat penganugerahan atau lantikan daripada Armani KPF2 Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja pembangunan komersial bercampur di Setia Alam, Selangor.

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

Pertumbuhan KDNK Suku Kedua Malaysia Dijangka Menyederhana - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.

Milux Cadang Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam Movon Bernilai RM150 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Syarikat pengedar kelengkapan rumah, Milux Corporation Bhd telah bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Movon Sdn Bhd daripada Abletech Solutions Sdn Bhd (ASSB) dan Datuk Dr Lim Jee Gin pada nilai RM150 juta.

Bursa Malaysia Dijangka Bergerak Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dalam julat kecil pada minggu depan ketika pelabur terus menunggu untuk menilai beberapa data ekonomi utama yang bakal diumumkan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang ketara.

Kadar Pengangguran Kekal 3.0 Peratus Pada Mei 2026 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

RHB Bank Perkenal Kad Kredit-i RHB Sinar Dengan Kadar Keuntungan 14 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.

OSK Property Lancar TAMU @ OSK Mori Park, Pacu Pembangunan TOD Shah Alam

SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- OSK Property hari ini melancarkan TAMU @ OSK Mori Park, fasa ketiga pembangunan berorientasikan transit (TOD) berkonsep induk syarikat itu di Seksyen 13, sekali gus mengukuhkan pemangkin pertumbuhan bandar Shah Alam.

Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Bersih 12 Minggu Berturut-turut - MBSB Research

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia kepada minggu ke-12 berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM474.6 juta minggu lepas.

Agrobank Optimis Sektor Agromakanan Mampu Harungi Cabaran Global

Oleh Norhayati Mohd Akhir

PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) --  Agrobank kekal optimis terhadap daya tahan sektor agromakanan negara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan global.

Tomei Gesa Pengecualian Duti Import Jongkong Emas Tempa

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.