BERITA TERKINI   Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Utiliti, Pengangkutan, Penjagaan Kesihatan Catat Aliran Masuk Bersih RM230.2 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Sektor utiliti, pengangkutan dan logistik, serta penjagaan kesihatan menarik jumlah keseluruhan aliran masuk bersih asing sebanyak RM230.2 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lalu, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

MBSB IB memaklumkan tiga sektor mencatatkan aliran masuk bersih asing tertinggi adalah utiliti sebanyak RM141.8 juta, pengangkutan dan logistik sebanyak RM56.6 juta, dan penjagaan kesihatan merekodkan RM31.8 juta.

Sementara itu, perkhidmatan kewangan, teknologi, serta produk dan perkhidmatan pengguna merekodkan jumlah keseluruhan aliran keluar bersih asing sebanyak RM682.7 juta, menurut MBSB IB dalam Laporan Aliran Dana mingguan bagi minggu yang berakhir pada 21 Ogos, 2026.

Ad Banner

“Institusi asing meneruskan trend jualan bersih mereka di Bursa Malaysia bagi tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM549.1 million. Ia merupakan penjual bersih pada lima hari dagangan sepanjang minggu tersebut.

“Aliran keluar tertinggi direkodkan pada Isnin sebanyak RM190.5 juta, diikuti Selasa (RM188.3 juta), Rabu (RM124.7 juta), Khamis (RM34.9 juta) dan Jumaat (RM10.8 juta), menurut laporan itu.

MBSB IB memaklumkan bahawa institusi tempatan meneruskan trend belian bersih mereka kepada empat minggu berturut-turut, merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM591.1 juta, manakala pelabur runcit kembali kepada jualan bersih selepas seminggu melakukan belian bersih, merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM42.0 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Purata volum dagangan harian (ADTV) meningkat merentasi semua kumpulan pelabur, pelabur runcit naik 13.3 peratus, institusi tempatan 13.2 peratus, dan institusi asing 3.2 peratus.

-- BERNAMA