24hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurkan Seminar Pelaburan Wilayah Pantai Timur 2026 yang memberi fokus kepada peranan syarikat tempatan dalam membentuk ekosistem industri Pantai Timur yang lebih inklusif dan berdaya saing.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd telah memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan kurang daripada RM3 juta tidak diwajibkan untuk melaksanakan e-Invois susulan kenaikan nilai ambang pelaksanaan e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta.
26hari ago
BATU PAHAT, 30 Ogos (Bernama) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi agensi berkaitan, termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersedia membantu pekebun kecil menghadapi kesan fenomena El Nino yang dijangka membawa cuaca panas berterusan selama beberapa bulan.
28hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia dijangka dalam julat kecil namun cenderung positif dalam jajaran 1,710 hingga 1,740 pada minggu depan yang juga minggu dagangan singkat, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merancang melaksanakan projek rintis Ekosistem Lembah Tanpa Pemandu (Unmanned Valley Ecosystem) bagi memacu pembangunan Ekonomi Altitud Rendah (Low Altitude Economy - LAE) di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) hari ini mengumumkan persaraan Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkuat kuasa 22 Ogos 2026, iaitu selepas enam tahun menganggotai Lembaga Pengarah.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, disokong oleh belian pada saat-saat akhir menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) lewat malam ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lebih 38 peratus perniagaan di Malaysia kini memanfaatkan sekurang-kurangnya satu alat teknologi kecerdasan buatan (AI) berbanding 27 peratus pada 2025, demikian menurut Amazon Web Services (AWS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 mesti menyambut suara rakyat serta memenuhi harapan mereka dengan usaha merancakkan pembangunan negara serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang berterusan serta rekod deposit mata wang asing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.