BERITA TERKINI   Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | 

Terdapat 106 berita berdasarkan kata kunci carian " ketegangan geopolitik"

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.

Petron Malaysia Catat Kerugian Bersih RM34.48 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.48 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada keuntungan bersih RM40.51 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Hap Seng Consolidated Suku Kedua Susut Kepada RM135.08 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hap Seng Consolidated Bhd susut kepada RM135.08 juta pada suku kedua 2026 berakhir 30 Jun 2026 daripada RM143.68 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bekalan Untuk Industri Peranti Perubatan Kekal Stabil Dalam Persekitaran Ketidakpastian Geopolitik

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Untung Bersih Suku Kedua KLCC Property Naik Kepada RM204.42 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  KLCC Property Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 kepada RM204.42 juta daripada RM200.45 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Asas Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.

Musim Monsun Dijangka Redakan Impak 'El Nino Super' Ke Atas Hasil Sawit

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) – Musim monsun yang bakal tiba pada Disember dijangka membantu mengurangkan potensi impak fenomena cuaca El Niño Super terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Belvinder Sron.

Khazanah Salur RM15 Bilion Setakat Ini Bagi Inisiatif GEAR-uP - Amirul Feisal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) setakat ini telah menyalurkan sejumlah RM15 bilion daripada komitmen pelaburan domestik RM25 bilion menerusi inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) diterajui Kementerian Kewangan.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Banyak Berubah Susulan Kebimbangan Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Apex Securities Tingkat Unjuran Eksport Malaysia 2026 Kepada 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Apex Securities Bhd menaikkan unjuran eksport Malaysia bagi 2026 kepada 26.2 peratus daripada 16.3 peratus, disokong pertumbuhan eksport yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. 

Harga MSM Kekal Melebihi RM4,600 Pada September Susulan Gangguan Geopolitik -- MPOC

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah dijangka kekal kukuh melebihi RM4,600 satu tan pada September, disokong oleh asas bekalan yang semakin ketat dan gangguan geopolitik yang berterusan terhadap aliran perdagangan global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). 

Untung Bersih Johor Plantations Susut Kepada RM51 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Johor Plantations Group Bhd (JPG) susut kepada RM51.15 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM75.20 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.