1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), syarikat di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), hari ini mengumumkan penambahan 400 juta unit baharu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan kepada pelabur Bumiputera.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 79.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Peniaga menjangkakan situasi perniagaan yang lebih baik pada suku ketiga 2026, dengan petunjuk keyakinan positif sebanyak 5.9 peratus berbanding dengan -1.8 peratus pada suku kedua 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah serta Dewan Perniagaan dan Industri Trang, Thailand melaksanakan program padanan dan rangkaian perniagaan (B2B) bagi memperkukuh ekonomi rentas sempadan khususnya dalam sektor pelancongan dan industri halal.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) – OSK Property Holdings Bhd bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperluas Pinjaman Perumahan dan Pengubahsuaian oleh RHB kepada pembeli yang layak untuk hartanah bertanah dalam pembinaan terpilih yang dibangunkan oleh OSK Property.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia turun 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata pada Julai daripada 134.7 setahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 14.9 peratus berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
LABUAN, 7 Ogos (Bernama) -- Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC) 18-lubang yang pernah menganjurkan kejohanan Golf Profesional Malaysia (PGM) yang diiktiraf oleh Asian Development Tour (ADT) merupakan antara lima aset strategik yang ditawarkan oleh Perbadanan Labuan untuk pajakan dan pembangunan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum menerima sebarang maklumat rasmi setakat ini sama ada pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD akan meneruskan pelaburan di Tanjung Malim, Perak atau mengambil langkah sebaliknya.