6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Setiap permohonan projek pusat data baharu akan melalui proses penilaian yang ketat bagi memastikan bekalan elektrik dan air kepada isi rumah dan industri tempatan tidak terjejas, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) awam, sebaliknya kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di Pasar Tamu dan Pasar Tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika didapati mampan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peningkatan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B12 atau B15 di Semenanjung Malaysia dan Sabah dianggarkan dapat mengurangkan penggunaan diesel petroleum sebanyak 334,139 tan setahun, bersamaan kira-kira 386.73 juta liter setahun.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan Dokumen Dasar Rangka Kerja Pengukuran Prestasi (PMF) bagi Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2027.
7hari ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah kepelbagaian sumber bekalan dan penilaian keperluan stok simpanan strategik adalah penting bagi memanjangkan tempoh daya tahan bekalan petroleum negara melangkaui tempoh operasi semasa, menurut Kementerian Ekonomi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pembuatan terus mencatat prestasi positif selepas dua tahun pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dengan nilai tambah keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor itu meningkat 5.9 peratus pada suku pertama 2026.
12hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lonjakan harga minyak mentah terbukti mendorong ringgit yang mengukuh berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyelaras hala tuju pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dana awam menerusi dasar pembangunan negara yang jelas, mekanisme GEAR-uP serta peranan strategik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).