10hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan belum menetapkan mana-mana lokasi di Sabah sebagai “living laboratory” Ekonomi Altitud Rendah pada masa ini kerana penilaian menyeluruh masih perlu dilaksanakan.
10hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menggabung kekuatan Malaysia dan Singapura merekodkan pelaburan sejumlah RM132 bilion dari 2025 hingga Jun 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
13hari ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah menggesa supaya sektor logistik dimasukkan secara jelas dalam cadangan Pelan Induk Pengangkutan Mampan Sabah.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini, setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Tahap kesejahteraan kewangan peserta program celik kewangan GoGiggers mencatat peningkatan 34.4 peratus, dengan 74 peratus daripada mereka mula membuat simpanan kecemasan ketika pelaksanaan awal program itu di Semenanjung Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran penggabungan dan pengambilalihan (M&A) huluan di Asia Tenggara sedang memasuki kitaran kompetitif, dengan aset huluan bernilai US$9.6 bilion (US$1= RM4.0845) ditawarkan untuk baki tahun ini hingga 2027 apabila pasaran perjanjian rantau ini beralih daripada pintu keluar bukan teras kepada kemasukan strategik.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Selari dengan perkembangan pesat ekonomi digital yang terus mengubah landskap perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan komitmennya dalam memperkasa golongan usahawan tempatan menerusi penganjuran Program Pendigitalan Perniagaan 2026 (PPP26) Peringkat Negeri Perak.
21hari ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi September 2026 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) melebihi RM3.00 sekilogram.
22hari ago
SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Penyambungan semula perkhidmatan Gulf Air ke Kuala Lumpur dijangka menawarkan kapasiti tambahan bagi penerbangan antarabangsa berikutan trafik penumpang udara Malaysia diunjurkan mencecah sehingga 109.7 juta tahun ini.